jump to navigation

PAR Nusajaya bersama masyarakat-1 May 16, 2009

Posted by helaianpurnama in PAR Nusajaya.
trackback

PAR Nusajaya adalah merujuk kepada Pusat Aduan Rakyat bagi Zon Nusajaya.  PAR ini memainkan peranan sebagai perantara kepada masyarakat di sekitar kawasan ini untuk menyuarakan permasalahan dan pandangan mereka kepada pihak-pihak yang berkaitan.

Pada petang hari Ahad, 10 Mei 2009, Penyelia PAR Nusajaya, Tn Hj Dzulkefly Ahmad telah turun ke padang menziarahi dua buah keluarga mangsa ribut yang berlaku pada 6 April yang lalu.  Keluarga pertama ialah keluarga En Hashim  bin Sartan, seorang pengusaha makanan kecil-kecilan yang tinggal di No. 44A, Kg Paya Mengkuang.  Manakala keluarga kedua yang diziarahi oleh PAR Nusajaya ialah keluarga En Othman Said, di No. 1A, Kg Tiram Duku, yang kini sedang menerima rawatan akibat diserang penyakit angin ahmar (stroke).  Semasa ziarah ini, kedua-dua keluarga yang ditimpa musibah ini telah menerima sumbangan berupa wang tunai daripada Penyelia PAR Nusajaya.

En Hashim menerima sumbangan daripada Tn Hj Dzulkefly Ahmad, Penyelia PAR Nusajaya

En Hashim menerima sumbangan daripada Tn Hj Dzulkefly Ahmad, Penyelia PAR Nusajaya

Menziarahi En Othman Said, yang sedang menerima rawatan untuk sakit angin ahmar

Menziarahi En Othman Said, yang sedang menerima rawatan untuk sakit angin ahmar

Menurut Penyelia PAR Nusajaya, lawatan seperti ini akan lebih kerap diadakan demi untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan para penduduk yang tinggal di kawasan sekitar Nusajaya, dibela dan diberikan perhatian yang secukupnya.  Oleh yang demikian, beliau menyeru kepada para penduduk di Nusajaya yang memerlukan bantuan, agar menghubungi beliau untuk mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat.  Tn Hj Dzulkefly boleh dihubungi di talian: 019-7555541.

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: