jump to navigation

PAS Gelang Patah melangkah gagah! May 16, 2009

Posted by helaianpurnama in PGP.
trackback
Perasmi, Y.B. Dato' Hj Mahfuz Omar

Perasmi, Y.B. Dato' Hj Mahfuz Omar

Pada 25 April 2009, bersamaan 29 Rabiulakhir 1430H, yang lalu, PAS Kawasan Gelang Patah telah menyempurnakan Mesyuarat Agung Kawasan kali ke-14, bertempat di Dewan Raya Taman Sri Pulai.  Tetamu kehormat yang dijemput untuk merasmikan majlis ialah Y.B. Dato’ Hj. Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Pusat.  Majlis ini turut disertai wakil-wakil dari DAP dan juga PKR.  Hampir 200 orang perwakilan dan pemerhati dari cawangan-cawangan hadir untuk menjayakan mesyuarat agung kali ini.

Di dalam ucapan perasmiannya, Y.B. Dato’ Hj Mahfuz Omar antara lain, menekankan akan kepentingan untuk istiqamah di dalam perjuangan dan juga senantiasa berusaha untuk mempelbagaikan strategi gerakerja jamaah.  Senario semasa, menurut beliau, menuntut PAS untuk lebih ke hadapan dan meletakkan diri mereka sebagai pengganti yang lebih layak berbanding parti yang memerintah.

Mesyuarat kali ini menyaksikan pertukaran kepimpinan kawasan, di mana YDP Kawasan yang baru ialah Tn Hj Dzulkefly Ahmad yang menggantikan tokoh ulama tempatan, Tn Hj Mohd Shah Lamat, yang telah berpindah kawasan.  Mantan YDP juga adalah bekas calon PAS bagi DUN Nusajaya di dalam pilihanraya yang lepas.  Kepimpinan YDP yang baru dibantu oleh Us Salehuddin Mohd Dahiran, sebagai Timbalan YDP dan Tn Hj Musa Wahab, sebagai Naib YDP.  Para perwakilan mesyuarat agung kali ini juga merakamkan jutaan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada mantan YDP di atas sumbangan yang telah diberikan kepada PAS kawasan selama ini.

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Gelang Patah

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Gelang Patah

Mantan YDP Kawasan, Us Mohd Shah Lamat

Mantan YDP Kawasan, Us Mohd Shah Lamat

Kepimpinan PAS Gelang Patah: Tn Hj Musa Wahab (NYDP), Tn Hj Dzulkefly Ahmad (YDP) dan Us Salehuddin Mohd Dahiran (TYDP)

Kepimpinan PAS Gelang Patah: Tn Hj Musa Wahab (NYDP), Tn Hj Dzulkefly Ahmad (YDP) dan Us Salehuddin Mohd Dahiran (TYDP)

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: