jump to navigation

Sambutan Hari Guru PASTI Gelang Patah – 16 Mei 2009 May 21, 2009

Posted by helaianpurnama in PASTI.
trackback

Stadium Mini Taman Ungku Tun Aminah di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai pada tahun ini menjadi tapak Sambutan Hari Guru 2009, bagi PASTI Kawasan Gelang Patah. Majlis kali ini dimeriahkan dengan pelbagai acara untuk para pelajar, guru dan juga para ibu-bapa. Kesemua para pelajar dan guru dari enam buah PASTI, di dalam kawasan Gelang Patah, telah terlibat menjayakan sambutan ini: PASTI Al-Hamidah, PASTI Ar-Rahman 1, PASTI Ar-Rahman 2, PASTI Ar-Rahman 3, PASTI Siswa 1 dan PASTI Siswa 2. Program sambutan ini adalah di bawah kendalian Us Zaifiddin bin Isa yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Kawasan Gelang Patah. Jawatankuasa pelaksana program ini juga mendapat kerjasama erat dari Dewan Pemuda PAS Kawasan dan Dewan Muslimat PAS Kawasan.

Awal-awal pagi, para ibu-bapa dan pelajar telah sedia berada di stadium untuk acara pembukaan yang dimulakan pada jam 8.45 pagi. Selepas nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Johor dan lagu PASTI, penonton bersama para pelajar dan guru menyertai senaman Mesra Taichi.  Selepas itu, acara sukan di antara PASTI terus diadakan yang merangkumi sukan bolasepak, bolajaring, dan acara-acara sukaneka: makan biskut, cari gula-gula dalam tepung dan jalan kepit belon. Di samping itu, peraduan teka kacang di dalam balang juga menjadi tumpuan para ibu-bapa dan pelajar PASTI. Keseluruhan acara dijalankan sehingga lewat tengahari sebelum upacara perasmian penutup yang pada kali ini disempurnakan oleh YDP PAS Kawasan Gelang Patah, Tn Hj Dzulkifly bin Ahmad. Para pemenang acara sukan dan sukaneka kemudiannya menerima hadiah masing-masing yang juga disampaikan oleh perasmi majlis.

Bagi mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan PASTI di kawasan parlimen Gelang Patah, terutama berkaitan pendaftaran pelajar, boleh menghubungi Setiausaha Kerja PASTI Gelang Patah di nombor 0197723662.

Akhir kata, syabas dan tahniah kepada jawatankuasa penganjur dan kepada para ibu bapa dan pelajar, jumpa lagi di tahun hadapan!

Peserta cari gula-gula dalam tepung

Peserta cari gula-gula dalam tepung

Senaman Mesra Taichi

Senaman Mesra Taichi

Advertisements

Comments»

1. hakima - May 24, 2009

tahniah buat petugas2 sepenuh masa sambutan Hari Guru Pasti GP.. semoga Allah hitung sbg amal soleh..
~kalau banyak lagi gmbr kan best! suka tgk kletah anak2 yg suci itu..hihi..

2. CMADEY - May 29, 2009

MANER GAMBAR2 LAGI??

helaianpurnama - June 8, 2009

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: