jump to navigation

Ceramah Dato’ Seri Anwar Ibrahim June 7, 2009

Posted by helaianpurnama in Umum.
trackback

Dewan Pengajian Al-Razi digegarkan dengan kehadiran Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 25 Mei 2009 yang lepas. Ceramah beliau ini dihadiri oleh beberapa pimpinan Pakatan Rakyat setempat dan dimeriahkan dengan kehadiran penduduk dari sekitar Taman Universiti. YDP PAS Kawasan Gelang Patah, Tn Hj Dzulkefly Ahmad dan juga Naib Presiden PKR, Sdr Mustaffa Kamil Ayub turut juga hadir di dalam program ini. Kawasan yang sering lengang ini bertukar menjadi tapak pesta. Walaupun pentas ceramah, yang siap berbumbung, telah disediakan oleh pihak penganjur, para penceramah hanya dapat menyampaikan ucapan mereka dari dalam dewan. Barisan para anggota polis memisahkan ruang ceramah dari dihampiri oleh orang ramai yang berasak untuk menghampiri dewan.

Dato' Seri Anwar menyampaikan ucapan

Dato' Seri Anwar menyampaikan ucapan

Pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa, dianggarkan hampir 2000 orang, setia mendengar ucapan pimpinan utama PKR ini sehingga ke akhir program. Apa yang pasti, golongan muda adalah majoriti yang hadir pada malam itu, bahkan komposisi pendengar juga adalah seimbang dari kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Selepas tamat program, orang ramai berpusu-pusu untuk ke arah Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk bersalaman dengan beliau.

Hadirin ceramah

Hadirin ceramah

Selesai ceramah

Selesai ceramah

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: