jump to navigation

Perutusan Tahun Baru daripada Ketua DPP Gelang Patah December 21, 2009

Posted by helaianpurnama in Uncategorized.
trackback

Assalamualaikum Wm.Wbt. dan Selamat Sejahtera,

Selamat Datang 1431H

Semoga kedatangan 1431H memberikan cahaya kepada seluruh alam. Islam mesti menjadi contoh kepada seluruh umat samada yang Islam atau yang bukan, firman ALLAH yang bermaksud “kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan kepada seluruh manusia (menjadi contoh terbaik)…”

Selamat Tinggal 1430H

Semakin jauh kita meninggalkan zaman keagungan Islam, yang memisahkan kita daripada kekasih al-ameen alaihissalam. Mereka yang berpisah zahir dan spritual daripadanya akan terus dihanyut oleh alam yang fana’ ini.

Bagi mereka yang memahami sabdanya “aku wariskan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengannya, kitab ALLAH dan sunnah perjalananku” akan merasakan bahawa rasul al-meen ini terus hidup bersama dengannya dan terus berbakti sebagai pewaris yang amanah di atas muka bumi ini.

Kepada semua yang masih bernyawa,

Fikir dan renunglah bahawa suatu hari nanti kita pasti akan meninggalkan dunia ini. Ianya benar dan amat pasti. Fikirkanlah kemana kita selepas ini? Apa persiapan kita? Jangan terlalu ditatang dunia ini seolah kita yang memilikinya. Hebat manakah kita kalau diri sendiri pun tidak mampu dijaga daripada demam dan selsema, apatah lagi untuk terus hidup kekal di dunia ini.

Kepada Pejuang Islam,

Kita pewaris para anbiya’, jangan lupa kepada amanah yang dipikulkan ke atas kita. Jangan kita menjadi pembunuh kepada pemilik warisan tersebut nanti kita bakal digugurkan daripada senarai penerima harta warisan. Pembunuh tidak layak menerima harta warisan.

Ingatlah bersama, kita adalah pewaris kepada anbiya’, kita pasti melalui ujian yang telah dilalui oleh mereka yang terdahulu. Thabatlah (tetap) dalam perjuangan sehingga kita dipanggil pulang oleh rabbulizzati.

Kullu Aam wa antu Bikhair, ISLAM memimpin umat.

Salam Maal-Hijrah.

Ketua Dewan Pemuda Pas Gelang Patah

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: