jump to navigation

Sekitar Majlis Ceramah 15/01/2010 January 24, 2010

Posted by helaianpurnama in PGP.
Tags: , ,
trackback

Alhamdulillah, ceramah pembukaan bagi tahun 2010 telah selamat dianjurkan dengan jayanya.  Sekitar 300 orang pengunjung telah hadir dan setia mendengar penjelasan berkenaan isu-isu semasa yang disampaikan oleh penceramah utama iaitu Naib Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man. Wakil-wakil dari parti PKR dan DAP turut memberikan ceramah mereka dan disusuli oleh pembukaan daripada YDP PAS Kawasan, sebelum ceramah utama disampaikan oleh Yg Bhg Dato’ Naib Presiden PAS.

Yg Bhg Dato’ kelihatan segar dan bersemangat memberikan ceramah, walaupun sebelum tiba ke tempat ceramah, telah padat dengan pelbagai aktiviti yang telah disusun sebelum ini.  Isu-isu utama yang disentuh termasuk polemik berkenaan penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang bukan Islam, penyelewengan hasil negeri/negara dan juga isu kenaikan harga barang. Wakil Kelab Penyokong PAS Kawasan Gelang Patah juga turut hadir dan berbincang ringkas dengan tetamu utama pada malam tersebut.

Ceramah kali ini adalah pertama kali diadakan di hadapan ibu pejabat atau markas baru bagi PAS Kawasan Gelang Patah.  Markas ini masih lagi menjalani proses ubahsuai dan dijangka selesai sebelum satu lagi majlis besar yang dijadualkan berlangsung pada bulan Februari akan datang.  Pihak penganjur merakamkan ribuan penghargaan kepada anggota-anggota keselamatan yang telah memberikan kerjasama profesional pada malam tersebut.

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: