jump to navigation

Selangkah Menuju Kemenangan-Lawatan BPPNJ January 31, 2010

Posted by helaianpurnama in Uncategorized.
trackback

Badan Perhubungan PAS Negeri Johor, yang kini di dalam siri lawatan kerja ke PAS kawasan-kawasan di Negeri Johor, telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke PAS Kawasan Gelang Patah pada hari Ahad, 31 Januari 2010 (bersamaan 15 Safar 1431H).  Rombongan itu diketuai sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri, Yg Bhg Datuk Dr Mahfodz Mohamad, diiringi Timbalan Pesuruhjaya Negeri, Tn Hj Aminulhuda, Setiausaha Perhubungan Negeri, Sdr Amin Sairan dan Penolong S/Usaha, Sdr Onn Jaafar.  Ketibaan rombongan ini disambut oleh YDP PAS Kawasan, Tn Hj Dzulkefly Ahmad, Ketua Pemuda, Us Zaifidin, Ketua Dewan Muslimat, Pn Sabariah Amin dan Ketua Urusan Ulamak, Us Md Shah Lamat.

Tujuan utama lawatan kerja ini ialah bagi menilai dan memperkukuh gerakerja parti, di samping mendapatkan maklumbalas terkini berkenaan prestasi kawasan.  PAS Gelang Patah adalah kawasan kesepuluh yang dikunjungi oleh kepimpinan badan perhubungan negeri.  Pembentangan dari PAS Gelang Patah dimulai oleh YDP sebelum disusuli pembentangan daripada Ketua Pemuda dan Ketua Dewan Muslimat.  Pihak badan perhubungan dimaklumkan juga bahawa markas PAS kawasan di dalam proses perpindahan ke lokasi baru yang lebih strategik.  Insya-Allah, pada 20 Februari 2010, markas baru PAS kawasan akan digunakan bagi program perdana bersama Yg Bhg Dato’ Presiden PAS.

Pesuruhjaya Negeri di dalam ucapan balas menyatakan penghargaan kepada warga penggerak PAS kawasan yang telah berusaha gigih selama ini.  Beliau juga turut menegaskan peri pentingnya gerakerja politik dan dakwah dipertingkat sebagai persediaan kepada pilihanraya umum yang ke-13.  Oleh kerana wilayah pembangunan Iskandar Malaysia sebahagiannya adalah di bawah parlimen Gelang Patah (DUN Nusajaya dan Skudai), beliau menyeru agar pihak kepimpinan kawasan memperhebat usaha untuk memenangi DUN Nusajaya di dalam pilihanraya yang akan datang.  Kerjasama dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat juga perlu dieratkan.  Di samping itu, usaha menarik sokongan dari golongan pengundi muda perlu juga diambil perhatian, memandangkan masih ramai lagi rakyat negeri Johor yang telah layak mengundi tetapi belum mendaftar sebagai pengundi.

Timbalan Pesuruhjaya pula di dalam ucapannya memperingatkan pihak kepimpinan agar berhati-hati dengan permainan isu yang semakin hebat di peringkat nasional dan pihak kawasan perlu memastikan tidak hilang fokus di dalam melaksanakan segala gerakerja yang telah dirancang.  Peningkatan bilangan cawangan di bawah kawasan Gelang Patah merupakan sasaran utama yang perlu disempurnakan, kata beliau lagi.

Di dalam ucapan penggulungan Pesuruhjaya, beliau menyatakan amat tertarik dengan slogan Selangkah Menuju Kemenangan yang diutarakan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan semasa pembentangan gerakerja kawasan dan menyarankan agar ianya dijadikan sebagai slogan kepada kesemua gerakerja Kawasan, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.

Majlis berakhir pada jam 11.30 pagi, dan sebelum bersurai kepimpinan kawasan dan rombongan berkesempatan untuk bergambar di hadapan Dewan Pengajian Al-Razi.

Program utama kawasan selepas ini ialah Program Bersama Presiden PAS pada 20 Februari 2010.  Maklumat lanjut akan menyusul di dalam masa terdekat.

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: