jump to navigation

Sekitar ceramah perdana 19 Februari 2010 March 21, 2010

Posted by helaianpurnama in Uncategorized.
Tags: , , , , ,
trackback

Ceramah perdana kedua pada tahun ini telah dijayakan pada 19 Februari 2010 dan julung kali diadakan di Taman Sri Pulai Perdana.  Dengan izin Allah swt, seperti yang telah dirancang, kesemua tetamu utama yang dijemput telah dapat menghadirkan diri pada malam tersebut.  Barisan penceramah terdiri daripada YDP Gelang Patah Tn Hj Dzulkefly Ahmad, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamad , ADUN Skudai YB Dr Boo Cheng Hau (DAP), Dato’ Chua Jui Meng (PKR) dan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Presiden PAS).  Perjalanan ceramah dipengerusikan oleh Saudara Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat.  Majlis diadakan dalam suasana yang aman dan mendapat kerjasama penuh daripada pihak keselamatan.  Menjelang kemuncak program bilangan pengunjung bertambah dan gerai-gerai di tapak ceramah dan di Medan SOBB (Semua Orang Boleh Berniaga) bersebelahan juga meriah dengan kehadiran para pengunjung ini.  Lokasi yang dipilih adalah bertepatan dan memudahkan orang ramai untuk hadir dan ditambah pula dengan adanya tempat makan yang berhampiran.  Sekali pandang, persis suasana ceramah masa lalu, iaitu lewat tahun 1990an.

Antara isu-isu utama yang disentuh ialah kebajikan para penduduk di DUN Skudai dan DUN Nusajaya, yang diutarakan oleh YB Dr Boo dan YDP Gelang Patah.  Di dalam ceramahnya, YB Dr Boo juga menyatakan masyarakat di Johor amnya dan di Parlimen Gelang Patah khasnya, seharusnya boleh mula membuka mata dan menerima kenyataan bahawa di dalam PAS sudah ada ramai pemimpin Melayu yang lebih baik daripada para pemimpin Melayu UMNO.  Oleh yang demikian katanya, rakyat Johor seharusnya bertindak berani untuk percaya bahawa para pemimpin PAS ini sebenarnya lebih layak dan mampu melaksanakan tanggungjawab memerintah negeri dan DUN dengan lebih baik.  Beliau juga turut kesal dengan beban hutang kerajaan negeri yang semakin meningkat dan amat khuatir akan kemampuan kerajaan negeri untuk keluar dari kemelut hutang tersebut.

Dato’ Chua Jui Meng turut menyentuh berkenaan ekonomi negara dan menganggarkan peningkatan ekonomi negara masih lagi rendah dan belum setara dengan negara-negara lain di rantau ini.  Musuh utama negara sekarang ini katanya ialah rasuah, bukannya ancaman pakatan pembangkang atau saingan dari negara-negara jiran.  Penularan rasuah ini menghancurkan daya saing ekonomi dan kebolehpercayaan para pelabur dari luar negara.  Beliau juga menggesa agar masyarakat Johor melakukan perubahan dan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat.  Presiden PAS pula di dalam ceramahnya menyatakan bahawa setiap kerajaan atau pemerintahan itu mempunyai ajalnya atau tempoh tamatnya.  Oleh itu masa dan ketikanya akan tiba di mana pemerintahan negara sekarang ini akan ditukar dan diganti dengan golongan atau pemerintahan yang lain.  Tuan Guru juga mengingatkan para hadirin akan kebesaran dan kesucian politik Islam yang sebenar.  Keadilan perundangan Islam yang tidak mengira warna kulit atau kaum juga turut ditekankan di dalam ceramahnya.  Katanya lagi, sewajarnya mereka yang beragama Islam dan menjadi pemimpin, mencontohi iktibar dari sirah Rasulullah saw dan mengamalkan tuntutan-tuntuan Al-Quran di dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.

Sewaktu ceramah Tuan Guru, terdapat usaha-usaha provokasi dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan cara menyebarkan risalah-risalah berunsur negatif berhubung kemasukan Dato’ Chua Jui Meng ke PKR, tindakan YAB Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin untuk kembali menjadi Menteri Besar dan juga berkaitan kes liwat DSAI yang sedang dibicarakan di mahkamah ketika ini.  Ketua Penerangan DPP Pusat Sdr Suhaizan Kayat, yang turut hadir pada malam itu, segera bersama petugas-petugas Unit Amal membuat tinjauan di tempat risalah-risalah tersebut diedarkan.  Namun begitu pelaku provokasi sudah beredar lebih awal dan tiada insiden yang tidak diingini terjadi.

Pengunjung yang hadir dianggarkan sekitar 1,000 hingga 2,000 orang dan pihak penganjur memaklumkan bahawa jumlah kutipan ceramah adalah melebihi RM2,400.  Penganjur maerakamkan terima kasih di atas kerjasama pihak keselamatan dan para hadirin yang menjayakan majlis pada malam itu.  Di akhir program, sebahagian pengunjung mengambil kesempatan bersalaman dengan para tetamu utama program.  Terima kasih pada semua dan ribuan kemaafan di atas kekurangan sepanjang program ceramah tersebut berlangsung.

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: