jump to navigation

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Gelang Patah Kali ke-15 May 2, 2010

Posted by helaianpurnama in Uncategorized.
Tags: , ,
trackback

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Gelang Patah telah disempurnakan pada hari Sabtu, 1 Mei 2010 baru-baru ini.  Barisan kepimpinan PAS Kawasan diketuai oleh YDP Tn Hj Dzulkefly Ahmad, TYDP Ustaz Salehuddin Dahiran dan NYDP Tn Hj Musa Abd Wahab.  Selain dari kepimpinan PAS Kawasan, majlis ini turut dihadiri oleh wakil-wakil dari parti PKR, Tn Hj Manan dan DAP, Sdr Tan Hong Pin.  Tetamu utama majlis, yang juga perasmi mesyuarat, ialah YBhg Ustaz Abdullah Hussain, Ketua Dewan Ulama’ Badan Perhubungan PAS Negeri Johor. Hampir 100 orang perwakilan dan pemerhati hadir ke mesyuarat yang diadakan di Dewan Pengajian Al-Razi, Taman Universiti.

Di dalam ucapan aluan YDP PAS Kawasan menyentuh banyak berkenaan beberapa isu semasa berkaitan dengan kebajikan masyarakat di DUN Nusajaya.  Beliau menekankan bahawa para pendokong parti perlu bersedia untuk menyahut cabaran menjadi pembela nasib masyarakat di kawasan ini.  YBhg Ustaz Abdullah Hussain pula mengingatkan para perwakilan dan pemerhati bahawa ujian dan cabaran-cabaran terhadap penggerak jamaah Islam akan sentiasa ada dan tidak akan berkurangan.  Tambah beliau lagi, semangat dan kesedaran untuk berjuang perlu diperkemas dan hindarkanlah berjuang umpama melepas batuk di tangga.  Pertolongan daripada Allah swt tetap ada akan tetapi kita sebagai hambanya perlu berbuat sehabis baik memartabatkan kedaulatan Islam di tanahair.

Selesai rehat pagi, majlis diteruskan dengan Mesyuarat Agung PAS Kawasan kali ke 15.  Di awal mesyuarat pihak kepimpinan kawasan membentangkan pelancaran Dana Pembangunan PAS Kawasan.  Dana yang dilancarkan ini adalah bertujuan memperoleh secara tunai sebuah bangunan yang akan digunakan bagi tujuan pentadbiran, pengurusan dan pelaksanaan aktiviti PAS Kawasan.  YDP juga memaklumkan bahawa PAS Kawasan kini bukan hanya digerakkan oleh Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat sahaja bahkan telah ada dewan yang ketiga iaitu Dewan Ulama’ yang sebelum ini hanya ditwujudkan sebagai Urusan Ulama’.

Bagi tujuan pengumpulan dana perolehan bangunan  ini, para ahli dan penyokong boleh menyalurkan sumbangan terus ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), di atas nama Dana Pembangunan PAS Kawasan, bernombor akaun 0110801005227.  Sebarang pertanyaan berhubung dana boleh diajukan terus kepada Saudara SHARANI melalui telefon 019-775 2032.

Sekitar jam 1.30 petang mesyuarat dan perbahasan usul-usul telah selesai dan para perwakilan dan pemerhati kemudiannya berjemaah menunaikan solat Zohor, sebelum menikmati jamuan makan tengahari yang disediakan.  Terima kasih kepada semua dan teruskan beristiqamah di dalam perjuangan!

(Pembaca boleh klik ke Helaian Purnama Photos untuk melihat foto-foto sepanjang program berlangsung)

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: