jump to navigation

Pemuda Penggerak Perjuangan May 2, 2010

Posted by helaianpurnama in Uncategorized.
trackback

PEMUDA PENGGERAK PERJUANGAN

Pada 30 Mac 2010, telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Gelang Patah (DPPGP), bagi kali ke 13, yang diadakan di Dewan Pengajian Al-Razi, Taman Universiti.  Majlis kali ini dirasmikan oleh Ustaz Azam bin Abd Razak, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor.

Seiring dengan tema yang dipilih pada mesyuarat kali ini, iaitu Pemuda Penggerak Perjuangan, begitu jugalah antara intipati penting yang ditekankan oleh perasmi mesyuarat pada malam itu.  Mesyuarat itu juga dihadiri oleh kesemua para perwakilan Jawatankuasa Pemuda Cawangan yang berada di dalam PAS Kawasan Gelang Patah.

Mesyuarat agung yang juga menjadi medan muhasabah di peringkat pemuda kawasan telah diperguna dengan sebaiknya.  Beberapa pandangan yang membina dan kritis kepada gerakerja yang telah dilaksana setahun yang lalu, dirai dengan hati terbuka oleh para pimpinan pemuda kawasan.  Apa yang penting, slogan Pemuda Penggerak Perjuangan dapat diterjemah menjadi suatu pemangkin kesedaran dan keutuhan perjuangan, samada di peringkat dalaman mahupun bagi kepentingan masyarakat secara umum.

Sesi muhasabah dan perbahasan usul-usul mesyuarat, yang dipengerusikan oleh Pengerusi Tetap, Tn Hj Musa Abd Wahab, selesai sekitar jam 2 pagi. Ustaz Zaifidin, selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan menyeru agar para perwakilan dan ahli pemuda menginsafi segala segala maklumbalas dan kembali merapatkan saf perjuangan. Tidak lupa juga setinggi penghargaan kepada sekretariat mesyuarat yang diketuai oleh Setiausaha DPP Gelang Patah atas kelancaran program mesyuarat.

Tahniah kepada kesemua perwakilan dan pimpinan yang hadir dan semoga segala sumbangsaran, perbahasan dan juga teguran yang diutarakan dapat dijadikan panduan dalam memperteguh kelangsungan perjuangan pemuda di DUN Nusajaya dan Parlimen Gelang Patah.

Allah-hu Akbar! Allah-hu Akbar! Allah-hu Akbar!


Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: