jump to navigation

Membina Generasi ‘Afiat July 17, 2010

Posted by helaianpurnama in PASTI, PGP.
Tags: , ,
trackback

MEMBINA GENERASI ‘AFIAT: Begitulah tema Sukaneka PASTI pada tahun ini yang telah berlangsung dengan jayanya pada hari Ahad, 11 Julai 2010 yang lalu di Stadium Mini, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai.  Acara gilang gemilang ini dirasmikan oleh YDP PAS Kawasan Gelang Patah, Tn Hj Dzulkefly Ahmad.  Majlis perasmian juga diserikan dengan ucapan daripada Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Pusat, Tn Hj Jamaluddin Elias, yang juga adalah wira negara di dalam insiden serangan ke atas kapal membawa bantuan kemanusiaan, Mavi Marmara.  Pada majlis yang sama juga Tabung Bantuan Kemanusiaan untuk penduduk Gaza, Palestin turut dilancarkan.  Keprihatinan terhadap penderitaan rakyat Palestin turut dikongsi oleh para peserta sukaneka kali ini.  Hampir kesemua pelajar dan guru PASTI melilit kepala dengan kain merah bertulis Save Palestin.

Sebanyak empat acara dipertandingkan, mengikut kategori lelaki dan perempuan, iaitu: lari dalam guni, isi air dalam botol, tarik bola dalam gelung dan makan biskut.  Acara terbuka kanak-kanak pula ialah pecah belon dan rebut gula-gula.  Kaum ibu menyertai acara bola mati dan sukan tarik tali disertai oleh para bapa pelajar dan AJK PASTI.  Setiap pasukan bertanding memberikan aksi menarik dan bertanding dengan penuh semangat kesukanan.

Acara perbarisan dimenangi oleh PASTI Ar-Rahman 3.  Manakala bagi keseluruhan Sukaneka PASTI 2010, diungguli oleh PASTI Siswa 3 (57 markah), kedua PASTI Siswa 2 (45 markah) dan tempat ketiga dimenangi oleh PASTI Ar-Rahman 3 (35 markah).  Kesemua pemenang menerima hadiah yang disampaikan oleh Timbalan YDP PAS Kawasan Gelang Patah, Us Salehuddin Dahiran.

Terima kasih kepada para ibu-bapa murid PASTI yang hadir memeriahkan suasana.  Setinggi penghargaan juga kepada para penaja program tahun ini.  Tahniah juga kepada jawatankuasa penganjur yang bertungkus lumus menguruskan sukaneka kali ini.  Hanya Allah swt jua sahaja yang mampu memberikan ganjaran yang sebaiknya.

Sebarang sumbangan kepada PASTI boleh disalurkan kepada DANA PEMBANGUNAN PASTI GELANG PATAH, Bank Muamalat, nombor akaun 0108 0000 3407, Pengurus Dana, En Sharani (telefon 019 7752032).  Gambar-gambar tambahan boleh dilihat melalui pautan http://www.flickr.com/photos/helaianpurnama/

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: