jump to navigation

Malam Kesenian Islam 2010 July 18, 2010

Posted by helaianpurnama in Umum.
Tags: ,
trackback

Pada hari Sabtu, 17 Julai 2010 yang lalu, bertempat di Dewan Raya Taman Universiti, telah berlangsung Malam Kesenian Islam 2010 anjuran Persatuan Wanita Prihatin Johor Bahru atau lebih dikenali sebagai PERWANIN.  Majlis kesenian ini menengahkan tema Berhibur Bersama Islam dengan konsep persembahan: Di bawah satu langit Ilahi: Peace for Palestine.  Persembahan kesenian ini menampilkan Ustaz Nazery Johani sebagai artis jemputan utamanya dan artis iringan pula ialah Kumpulan SATNA dan penyair muda Saudara Amni Jagat.

Bermula dari jam 8.30 malam, hadirin yang kebanyakannya dari sekitar kawasan Skudai, Taman Universiti dan juga Gelang Patah, sudah mula memenuhi ruang di dalam dewan.  Di luar dewan persembahan, beberapa gerai jualan makanan dan minuman turut disediakan oleh pihak penganjur.  Pameran dari NGO Aqsa Syarif juga memeriahkan ruang di dalam dewan.

Persembahan dimulakan dengan alunan instrumental dan nyanyian daripada kumpulan SATNA yang dianggotai oleh lima orang anak muda, membawa mesej keinsafan dan ketuhanan.  Selesai persembahan kumpulan SATNA, hadirin terus disaji dengan persembahan bertenaga dari Ustaz Nazrey Johani, yang terbahagi kepada dua slot berasingan.  Persembahan beliau diselangi deklamasi sajak oleh Saudara Amni Jagat yang membawa pengertian yang cukup menyentuh hati para hadirin pada malam itu.  Pada slot kedua, Ustaz Nazery Johani turut membawa bersamanya ke atas pentas dua orang beliau untuk mempersembahkan sebuah nasyid.  Selain menyanyikan lagu-lagu yang sinonim dengan kumpulan Raihan, beliau juga mengalunkan lagu yang mula menempatkan beliau di hati peminat nasyid tanahair, iaitu lagu Secerah Pawarna yang pernah dipopularkan bersama kumpulan The Zikr, pertengahan tahun 1990an.

Melalui persembahan Ustaz Nazery Johani, dua mesej utama telah cuba disampaikan iaitu keperluan berdakwah menyebarkan ajaran Islam dan juga kepentingan membela Palestin.  Beliau juga memuji usaha PERWANIN menganjurkan program kesenian ini dan berpandangan ianya adalah suatu yang perlu diadakan setiap tahun.  Di akhir persembahan beliau, lagu Untuk Mu Palestin didendangkan dengan penuh penghayatan, seterusnya menyimpulkan tema dan konsep persembahan Malam Kesenian Islam 2010 kali ini.

Di akhir program, para penonton dan peminat mengambil kesempatan bergambar dengan artis utama, di hadapan pentas persembahan.  Secara umumnya, para penonton amat berpuas hati dengan persembahan pada malam itu, walaupun terdapat sedikit gangguan teknikal di awal persembahan.  Apa yang pasti, dengan harga tiket yang berpatutan dan artis yang bersesuaian, digandingkan dengan aktiviti promosi yang tepat, Insya Allah di masa akan datang, akan lebih ramai lagi hadirin ke program sebegini.

Tahniah dan Terima Kasih kepada PERWANIN dan juga jawatankuasa pelaksana Malam Kesenian Islam 2010.  Insya Allah, di lain kesempatan kita bertemu lagi.  Informasi berkenaan PERWANIN boleh diperoleh di pautan http://perwanin.blogspot.com/. Gambar-gambar tambahan boleh dilihat melalui pautan http://www.flickr.com/photos/helaianpurnama/

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: