jump to navigation

Peningkatan pengundi baru Pakatan Rakyat July 25, 2010

Posted by helaianpurnama in Uncategorized.
Tags: , , ,
trackback

Baru-baru ini SPR melaporkan, Pakatan Rakyat masih mengatasi Barisan Nasional di dalam mendaftarkan pengundi baru bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.  Sejumlah 169,838 pengundi baru telah didaftarkan dan 32.5% adalah daripada penolong pendaftar pengundi DAP, 32.3% oleh UMNO dan PAS mengekori dengan 22.7% pendaftaran pengundi baru.

Pihak SPR juga menyatakan, antara dapatan yang menarik sepanjang tempoh pendaftaran pengundi baru ialah, Pakatan Rakyat juga mendahului Barisan Nasional di dalam mendaftarkan pengundi baru di negeri Johor yang merupakan tunjang bagi UMNO.  Namun demikian, ini bukan bermakna PAS boleh merasa selesa dan berpuas hati.  Ini kerana, di negeri Johor, UMNO berjaya mendaftarkan 13,125 pengundi, berbanding PAS yang hanya mendaftarkan 2,074 pengundi.  Sebahagian penganalis berpandangan, ini menunjukkan gerakerja pendaftaran pengundi baru dilaksana dengan lebih tersusun oleh jentera UMNO Johor dan di samping mungkin terdapat sentimen yang mendorong para pengundi baru Johor untuk berdaftar melalui UMNO, berbanding dengan PAS.  Senario sebaliknya pula dapat diperhatikan di Kelantan yang menyaksikan PAS mendaftarkan hampir 16,000 pengundi baru berbanding UMNO yang hanya mendaftarkan sekitar 5,500 pengundi baru.

Secara keseluruhannya, walaupun bilangan dan peratusan pengundi baru yang didaftarkan menyebelahi Pakatan Rakyat, PAS dan PKR perlu juga menyedari bahawa bilangan pengundi baru yang didaftarkan oleh mereka masih kurang dari yang berjaya didaftarkan oleh DAP.  Dari 107,050 pengundi baru yang didaftarkan melalui petugas Pakatan Rakyat, DAP berjaya mendaftarkan separuh dari jumlah tersebut, manakala PAS dan PKR masing-masing mendaftarkan 38,631 dan 13,098 pengundi.  Ini antara lain menampakkan kesedaran untuk mengundi yang tinggi dari kalangan pengundi baru bukan Melayu berbanding pengundi Melayu.  Jumlah keseluruhan yang didaftarkan oleh PAS juga adalah rendah berbanding UMNO yang memperoleh secara keseluruhannya 54,872 pengundi baru.

Pihak SPR juga menyatakan, sehingga bulan Mei yang lalu, bilangan penolong pendaftar dari parti-parti politik ialah 664 dari UMNO, 427 dari PAS, 245 dari DAP, 208 dari MIC, 182 dari MCA, 172 dari PKR, 40 dari PP dan 13 dari PRM.

Pilihanraya ke -13 masih di dalam ramalan dan apa yang penting semua pihak perlu bekerjasama dan menggandakan usaha menjayakan proses pendaftaran ini.  Bagi para pengundi muda dan bakal pengundi di Parlimen Gelang Patah dan DUN Nusajaya, sila berhubung terus dengan Penyelia DUN anda, Tn Hj Dzulkifli Ahmad (0197555541) bagi urusan pendaftaran dan semakan pengundi.

Sumber data: Malaysian Insider, 18 Julai 2010.


Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: