jump to navigation

Antara kuda kepang dan ketibaan Ramadhan August 1, 2010

Posted by helaianpurnama in Umum.
Tags: , , , ,
trackback

Kita sekarang sudah berada di penghujung bulan Sya’ban, dan hanya tinggal beberapa hari sebelum umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia mula meraikan ketibaan bulan yang mulia, bulan Ramadhan.  Pelbagai program telah diatur dengan tujuan mengingatkan umat Islam akan ketibaan bulan yang mulia ini. Namun segelintir masyarakat Melayu Islam di sini melaksana aktiviti yang berlainan yang bertentangan dengan keistimewaan yang terdapat dalam bulan Sya’ban dan tidak mencerminkan persiapan di dalam menghadapi Ramadhan.

Dalam perjalanan ke Taman Sri Pulai Perdana (TSPP), terletak sebuah medan berniaga yang lebih dikenali sebagai Medan S.O.B.B., ringkasan bagi Medan Semua Orang Boleh Berniaga (maklumat lanjut http://www.koperasinusajaya.com/v1/).  Tertera di luar tapak S.O.B.B., terdapat satu kain rentang mempromosi pertunjukan Kuda Kepang yang dibawa oleh Medan S.O.B.B., yang diadakan pada 31 Julai 2010, bermula jam 9.30 malam.

Di simpang masuk ke TSPP, terbentang kain rentang Masjid Taman Sri Pulai Perdana berkenaan program Syarahan Semarak Ramadhan yang disampaikan oleh pendakwah yang tidak asing lagi Tn Hj Dr Zahazan Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Zahazan, penceramah kuliah tafsir di Radio IKIM.fm.  Syarahan ini dijadualkan pada hari dan masa yang sama, bertempat di Masjid TSPP.

Sudah tentu kedua-dua program ini membawa hadirin ke arah jalan yang berbeza dan semestinya bertentangan di antara satu sama lain.

Masjid pada malam tersebut dipenuhi dengan hadirin yang terdiri dari kanak-kanak, remaja, dewasa, orang tua, lelaki dan wanita.  Hadirin khusyuk menghayati penyampaian Ustaz Zahazan berkenaan tafsir kepada ayat ke-16, dari Surah Al-Hadid, yang terjemahannya adalah seperti berikut:

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras dan banyak di antaranya orang-orang yang fasiq (derhaka).

(Al-Hadid, ayat ke 16)

Beliau menyampaikan kuliah dengan merujuk bukan sahaja kepada kitab-kitab tafsir Al-Quran sahaja, bahkan kepada Sirah Rasulullah, kisah-kisah para sahabat, para solihin dan pejuang Islam dahulu.  Antara yang menarik untuk dikongsi ialah, panduan memudahkan khatam Al-Quran dalam masa tiga bulan, ialah membaca sekurang-kurangnya dua muka surat, selepas setiap solat lima waktu.

Selesai kuliah pada sekitar jam 11 malam, dalam perjalanan pulang, penulis membuat tinjauan singkat di Medan SOBB dan mendapati sambutan kepada pertunjukkan kuda kepang tidak kurang meriahnya.  Lapisan masyarakat yang sama turut menghadiri pertunjukkan ini: kanak-kanak, remaja, dewasa, orang tua, lelaki dan wanita.  Kesemua terpesona menonton gelagat para penari kuda kepang yang asyik beraksi, diiringi paluan gendang, di dalam sebuah gelanggang yang dibina khusus.  Hampir kesemua penari tersebut seolah-olah berada di alam yang lain, bercakap-cakap seorang diri, ada yang berkhayal, ada yang tekun mengupas buah kelapa dengan menggunakan gigi mereka, tidak kurang masih ada yang berlari-lari anak di dalam gelanggang dengan memegang erat kuda kepangnya.  Di dalam gelanggang, bersepah buah-buah kelapa yang telah dikupas.  Segala perilaku para penari ini diperhati dengan teliti oleh beberapa penjaga yang lengkap bercemeti.

Apa yang pasti, kedua-dua program yang dinyatakan di atas berjaya mencapai hasil yang digariskan oleh penganjur program masing-masing.  Arah sahaja yang membezakan dan terserah kepada kita untuk membuat penilaiannya, terutama dengan keadaan kita berada di ambang Ramadhan dan Sya’ban yang mulia sudah mula mengorak langkah pergi.  Semoga Allah swt memberikan petunjuk dan hidayahNya kepada kita, dan ditunjukkan jalan yang benar dan dihindarkan daripada kita menapak di jalan yang bathil.

Keistimewaan Bulan Sya’ban

Kelebihan bulan Sya’ban makin bertambah jelas apabila dikenang, bahawa banyak peristiwa yang besar berlaku di dalamnya.  Salah satunya yang menyebabkan baginda membanyakkan puasanya dalam bulan yang mulia itu, diterangkan dalam hadith yang berikut:

Dari Usamah bin Zaid r.a., katanya: “Aku ada bertanya dengan berkata; “Ya Rasulullah, saya tidak melihat Tuan berpuasa pada mana-mana bulan, seperti puasa yang Tuan lakukan dalam bulan Sya’ban?” Baginda menjawab:  “Bulan Sya’ban itu – yang letaknya di antara bulan Rejab dengan bulan Ramadhan – tidak begitu disedari oleh orang ramai,  pada hal ia satu bulan (yang mulia) kerana padanya segala amal diangkat kepada Allah Rabb al-‘Alamin. Aku pula suka supaya amalanku diangkat (ke hadrat Ilahi) semasa aku sedang berpuasa.” Riwayat Nasa`i, Al-Targhib (2:116). Hadith ini juga diriwayatkan oleh Abu Daud dan disahihkan oleh Ibn Khuzaimah. (Ittihaf Ahl al-Islam, 300).

Kemuliaan Malam Nisfu Sya’ban

Dalam bulan Sya’ban terdapat satu malam yang sangat mulia dan banyak kelebihannya, iaitu “Malam Nisfu Sya’aban.”  Ini diterangkan dalam hadith berikut:

Dari `Aisyah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Tahukah engkau (wahai `Aisyah) apa yang berlaku pada malam ini?” – Malam Nisfu Sya’aban.  Saiyidatina `Aisyah pula bertanya; “Apa yang berlaku pada malam ini, Ya Rasulullah? ” Baginda menjawab:  “Pada malam ini akan ditulis perihal tiap-tiap seorang anak Adam yang dilahirkan dalam tahun ini dan pada malam ini juga akan ditulis nama tiap-tiap seorang anak Adam yang akan mati pada tahun ini, demikian juga pada malam ini akan diangkat amal-amal mereka (ke hadrat Ilahi) dan pada malam ini juga akan ditentukan turunnya rezeki mereka.”  Saiyidatina `Aisyah bertanya lagi: “Ya!Rasulullah S.A.W., tidak ada sesiapa pun yang akan masuk syurga melainkan dengan rahmat dan belas kasihan Allah Taala?”  Lalu Baginda menerangkan: “(Benar wahai `Aisyah), tidak ada siapa pun yang akan masuk syurga melainkan dengan rahmat dan belas kasihan Allah Taala” – (Baginda menegaskan) sebanyak tiga kali.  Saiyidatina `Aisyah berkata:  Aku pun bertanya lagi: “Dan tidak juga Tuan, Ya Rasulullah? ”  Maka Baginda pun meletakkan tangannya di atas kepalanya lalu bersabda: “Dan aku juga tidak, kecuali dilimpahi Allah dengan rahmat dan belas kasihan-Nya” – (Baginda menegaskan pengakuan nya itu sebanyak tiga kali). Riwayat Baihaqi, Misykat al-Masabih (1:408). Hadith ini tidak diterangkan darjatnya tetapi bahagian akhirnya yang menerangkan tentang (Rahmat Allah Taala) ada disebutkan dalam riwayat Muslim

Fatwa berkaitan persembahan kuda kepang

(Status Penwartaan: Tidak Diwartakan; Nombor Rujukan: JMJ 351/05/(AQ)/8; sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-permainan-kuda-kepang-di-negeri-johor)

Fatwa berkaitan permainan kuda kepang

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: