jump to navigation

Selamat meraikan Ramadhan 1431H August 12, 2010

Posted by helaianpurnama in Uncategorized.
Tags: , , ,
trackback

Ramadhan yang dinanti telah tiba.  Bulan yang mulia sudah tiba dan kesempatan yang ada jangan dipersia.  Kepada semua muslimin dan muslimat, selamat meraikan Ramadhan kali ini dan semoga segala amal ibadah yang dikerjakan diterima oleh Allah swt.  Semoga segala usaha untuk mengerjakan amal kebajikan dipermudahkan oleh-Nya di bulan yang mulia ini.

Di samping sibuk beribadah, tidak kurang juga yang sudah mulai sibuk membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.  Semua sedia maklum, persiapan awal dan rapi mengelakkan kesulitan dan hiruk pikuk membeli belah di saat akhir.  Pasaraya-pasaraya utama di sekitar Johor Bahru pun sudah mula mengkumandangkan lagu-lagu raya, walaupun 1 Ramadhan belum lagi tamat.  Apa yang penting bersederhana ketika berbelanja dan jangan lupa menunaikan tanggungjawab membayar zakat fitrah.

Bagi rakyat Johor, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) telah menetapkan dua kadar bayaran zakat fitrah bagi umat Islam di negeri ini iaitu RM5.00 atau RM7.50 seorang untuk tahun ini.  Kadar fitrah bagi RM5.00 seorang adalah untuk Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis super tempatan 15% hancur (beras nasional) sahaja yang berharga RM1.80 sekilogram.  Manakala bagi Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis selain daripada beras super tempatan 15% hancur (Beras Nasional), kadar yang ditetapkan ialah ialah RM7.50 seorang (rujuk http://www.maij.gov.my/).  MAIJ juga menyeru agar zakat tersebut dibayar seawalnya bagi memudahkan urusan pengagihan segera kepada yang layak menerimanya.

Umat Islam di Johor yang enggan membayar zakat fitrah dengan sengaja adalah melakukan satu kesalahan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor (1997), di mana mereka yang ingkar boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya jika disabit kesalahan itu.

Buatlah pilihan dan penentuan yang jujur, kadar zakat yang mana tuan/puan harus gunakan pada Ramadhan kali ini.

Pihak Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Gelang Patah juga di kesempatan Ramadhan ini mengalu-alukan sebarang sumbangan dan sedekah untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan, melalui program Kayakan Mereka di Hari Raya.  Sebarang sumbangan boleh diajukan kepada Timbalan YDP PAS Kawasan, Us Salehuddin Md Dahiran; nombor telefon: 0137454671.

Turut disertakan di sini ialah waktu berbuka puasa dan imsak bagi Zon 2 negeri Johor: DAERAH JOHOR BAHRU, KULAIJAYA, KOTA TINGGI DAN MERSING. Jadual penuh boleh diperoleh dari JAKIM: www.islam.gov.my/portal/puasa10.php

Selamat mengerjakan ibadah puasa dan semoga dipermudahkan segala urusan anda.

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: