jump to navigation

Edaran bubur lambuk dan bendera Malaysia August 21, 2010

Posted by helaianpurnama in PGP.
Tags: , , ,
trackback

Junjungan Mulia, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa) – Hadith Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah

Sejajar dengan tuntutan hadis di atas, umat Islam diseru membuat amal kebajikan semasa Ramadhan ini dengan saling memberi dan menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air.

Demi mengejar ganjaran di atas , pada petang hari Sabtu, 21hb Ogos 2010, PAS Kawasan Gelang Patah mengambil inisiatif membuat sumbangan bubur lambuk secara percuma kepada para muslimin dan muslimat di kawasan sekitar Taman Universiti.  Program pengagihan bubur ini turut disertakan dengan pengedaran percuma bendera Malaysia untuk dipasangkan di kenderaan, bersempena sambutan bulan Kemerdekaan yang bermula dari 15 Ogos hingga 16 September 2010.  Pada petang tersebut, sejumlah 200 bungkusan bubur lambuk dan 300 bendera telah berjaya diedarkan kepada para pengunjung dan peniaga Bazar  Ramadhan di Taman Universiti, Skudai.

YDP PAS Kawasan Gelang Patah, Tn. Hj. Dzulkefly Ahmad menyatakan bahawa pengedaran bendera juga akan dapat memeriahkan sambutan kemerdekaan ke-53 negara, di samping menanamkan semangat cintakan negara atau patriotisme, khususnya di kalangan orang-orang muda dan remaja terhadap negara Malaysia yang tercinta.

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: