jump to navigation

PERUTUSAN DARIPADA PENYELIA PAR ZON NUSAJAYA & YDP PAS KAWASAN GELANG PATAH September 5, 2010

Posted by helaianpurnama in PAR Nusajaya, PGP.
Tags: , , , ,
trackback

Antara kelebihan ibadah puasa adalah ianya meningkatkan nilai kemanusiaan diri kita terhadap nasib yang menimpa manusia lain yang tidak bernasib baik, atau mereka yang ditimba musibah yang melibatkan kelaparan ekoran dari kekurangan makanan dan minuman. Puasa mendidik kita menjadi manusia yang sentiasa prihatin dan peduli kepada golongan manusia yang kurang bernasib baik. Marilah kita mengambil keberkatan bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan meningkatkan amal ibadah dan ketaatan kepada Allah SWT.

Sempena menjelangnya Aidil Fitri bersegeralah kita memohon ampun dan maaf khususnya kepada kedua ibubapa yang telah banyak berjasa kepada kita. Bagi mereka yang ibubapanya telah tiada, marilah kita memanjatkan sekalung doa semoga roh mereka ditempatkan oleh Allah SWT bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. Amin.

Di samping kegembiraan menyambut hari raya serta menziarahi sanak saudara dan rakan taulan janganlah kita lupa dan culas daripada memerhatikan aspek keselamatan rumah kesayangan yang bakal ditinggalkan sementara untuk berhari raya. Sentiasalah berhati-hati semasa di perjalanan agar dijauhi Allah SWT dari musibah kemalangan dan kecelakaan. Memandulah dengan penuh bertanggungjawab dengan mengikut peraturan jalan raya yang telah ditetapkan di samping mengamalkan sikap bertimbang rasa terhadap pengguna jalan raya yang lain, khususnya mereka yang menunggang motosikal dan perjalan kaki.

Akhirnya, marilah kita berdoa kepada Allah SWT agar sentiasa dipelihara keamanan dan keharmonian kehidupan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama dan sentiasa dijauhi negara kita daripada gejala-gejala yang tidak sihat seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, kezaliman dan gejala sosial seperti zina dan buang bayi yang sedang merebak dalam masyarakat kita.

Selamat Berpuasa & Selamat Menyambut Aidil Fitri. Maaf Zahir & Batin.

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: