jump to navigation

Hari Anugerah dan Kecemerlangan PASTI Kawasan Gelang Patah November 17, 2010

Posted by helaianpurnama in PASTI, PGP, Umum.
Tags: , , ,
trackback

Generasi Al-Qur’an Pewaris Ummah Gemilang

Pada 7 November 2010 yang lalu bertempat di Dewan Kencanapuri, Pulai Springs Resorts telah berlangsung dengan jayanya Hari Anugerah dan Kecemerlangan PASTI Kawasan Gelang Patah, bagi kali ke-16.  Sambutan kali ini dihadiri oleh para ibu bapa dan pelajar dari enam buah PASTI yang terdapat di kawasan ini.  Majlis pada kali ini dirasmikan oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gelang Patah, Us Salehuddin Md Dahiran.

Selesai perasmian, para hadirin disaji dengan persembahan unik dan menghiburkan dari para pelajar yang mewakili PASTI masing-masing, diselang seli dengan pertunjukkan montaj.  Di dalam majlis ini, dua orang murid yang memenangi Pertandingan Bercerita dan Pidato Ihtifal PASTI Peringkat Negeri Johor turut membuat persembahan.  PASTI Kawasan juga turut memberikan cenderahati kepada kesemua Guru PASTI dan juga penghargaan khas kepada Pn Besik Dilong yang merupakanTokoh Guru PASTI Negeri Johor.

Majlis penganugerahan disempurnakan oleh Us Zaifidin Md Isa, Ketua DPPGP dan dimulai dengan penyampaian sijil kepada kesemua pelajar PASTI, penyampaian Hadiah Akademik Semua PASTI dan diikuti dengan Hadiah Murid Terbaik Semua PASTI.  Di akhir majlis, pemenang bagi dua anugerah yang dinanti-nanti oleh para hadirin turut diumumkan.  Pemenang Anugerah Murid Harapan 2010 ialah Adik Fahrin Haiqal bin Abdul Rahim, murid dari PASTI Ar-Rahman 2, Taman Skudai Baru.  Penerima Anugerah Murid Cemerlang 2010 pula ialah Adik Muhammad Afiq Hamizan bin Md Zamari, murid dari PASTI Ar-Rahman 1, Kg Ladang.

Akhir kata, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada kesemua penerima hadiah dan anugerah kecemerlangan.  Semoga kejayaan yang dikecap hari ini menjadi pemangkin untuk mencapai kejayaan yang lebih besar di masa akan datang.  Terima kasih dan tahniah juga diucapkan kepada para Guru PASTI yang telah berusaha gigih sepanjang tahun di dalam memastikan agenda pendidikan PASTI tercapai.  Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Jawatankuasa Pelaksana dan ahli-ahlinya di atas penganjuran majlis yang sempurna dan lancar.

http://www.flickr.com/photos/helaianpurnama

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: