jump to navigation

Pilihanraya kecil seterusnya…Kerdau February 12, 2011

Posted by helaianpurnama in Umum, Uncategorized.
Tags: , , , , , , ,
trackback

BERNAMA melaporkan ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim telah kembali ke rahmatulLah disebabkan serangan jantung. Takziah kepada keluarga arwah dan semoga mereka redha dan bersabar dengan ketentuan Ilahi ini. Semoga roh arwah ditempatkan di sisi orang-orang yang dirahmatiNya.  Al-Fatihah.

Dengan pemergian ADUN Kerdau ini, Malaysia sekali lagi akan menyaksikan satu lagi pilihanraya kecil (PRK) diadakan dalam masa yang terdekat.  Sekiranya diadakan PRK, ianya merupakan PRK kali ke-16 semenjak PRU-12 yang lalu.

Selesai PRK Tenang, hampir dua minggu lalu, rakyat mula menumpukan perhatian kepada PRK Merlimau, walau diselang seli dengan berita banjir yang melanda Johor, Melaka, Pahang dan lain-lain tempat, berita revolusi Mesir dan pelbagai lagi isu.  Ketika ini juga pelbagai isu dan persoalan masih didebatkan pasca PRK Tenang: undi Melayu ke mana? Orang Cina percaya kepada siapa? Strategi di Johor dan pengaruh isu nasional bagaimana dan sebagainya.  Ketika ini juga parti-parti yang bakal bertanding di DUN Merlimau masih sibuk meneliti dan menilai senarai calon masing-masing.  Sudah tentu, pemergian ADUN Kerdau ini adalah sesuatu yang tidak dijangka oleh para penggerak parti.

Sesungguhnya, inilah ketentuan Allah swt. Seperti mana yang berlaku di Tunisia dan Mesir, tiada siapa menyangka seorang presiden bersama kabinetnya, mampu dijatuhkan dengan protes besar-besaran oleh rakyat negara masing-masing.

Rata-rata penggerak parti, samada Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional, semestinya juga tertanya-tanya, apakah maksud dan hikmah di sebalik berlakunya rentetan PRK demi PRK ini? Dalam masa 36 bulan, telah berlangsung 14 PRK, 1 PRK yang secara rasmi akan dilaksanakan (Merlimau) dan 1 PRK yang dijangka juga akan diumumkan (Kerdau).

Walau apa pun hikmah atau reasoning di sebalik rantaian PRK ini, amatlah wajar kita bersegera kembali kepada Allah swt dan ajaran Islam yang disampaikan oleh Baginda RasululLah s.a.w. Sesungguhnya Allah swt jualah sebaik-baik perancang, dan yakinlah Islam itu pasti akan menang.

_________________________

Petikan dari BERNAMA (13/02/2011)

ADUN Kerdau Meninggal Dunia

KUANTAN, 12 Feb (Bernama) — Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim meninggal dunia Sabtu selepas terjatuh dalam bilik air di rumahnya di Kerdau akibat serangan jantung.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Noor Mansor berkata pihak Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh mengesahkan Zaharuddin, 63, meninggal di hospital berkenaan pada jam 7.15 petang.

“Datuk Zaharuddin disahkan meninggal akibat serangan jantung,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Sabtu.

Zaharuddin sebelum ini pernah dua kali dimasukkan ke hospital berkenaan kerana komplikasi buah pinggang dan jantung serta tekanan darah tidak stabil pada Mei dan November tahun lepas.

Zaharuddin juga pernah menerima rawatan lebih dua bulan di Institut Jantung Negara kerana komplikasi buah pinggang dan jantung selepas menjalani pembedahan ulser usus di HOSHAS pada Mei lepas.

Sementara itu, anggota Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said berkata Zaharuddin telah dimasukkan di unit rawatan rapi hospital berkenaan. Bagaimanapun beliau disahkan meninggal ketika diberi rawatan.

Beliau berkata jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Taram, Kerdau selepas Zohor pada Ahad.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.

Beliau memperoleh 4,135 undi manakala Hassanuddin pula meraih 2,520 undi.

— BERNAMA

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: