jump to navigation

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Gelang Patah ke-16 May 1, 2011

Posted by helaianpurnama in Uncategorized.
Tags: , , , , ,
trackback

Alhamdulillah, pada 24 April 2011 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Agung PAS Kawasan Gelang Patah kali ke-16.  Mesyuarat Agung kali ini buat julung kalinya diadakan di Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan yang bertempat di Kg Ulu Pulai, Gelang Patah.

Perasmian bagi mesyuarat ini disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, yang juga merupakan Ahli Parlimen Bachok. Wakil-wakil parti politik DAP dan PKR dalam kawasan Gelang Patah juga turut hadir.  Majlis perasmian bermula seawal jam 9 pagi dan dimulai dengan pemeriksaan perbarisan anggota Unit Amal Pemuda PAS Kawasan Gelang Patah dan Briged Muslimat, Dewan Muslimat PAS Kawasan Gelang Patah.  Para perwakilan yang hadir ke mesyuarat kali ini adalah dari 22 cawangan yang bernaung di bawah PAS Gelang Patah.

Di dalam ucapan aluan YDP, beliau memberitahu berkenaan peningkatan beban hutang kerajaan negeri yang semakin meningkat dan ketidaktelusan sistem pengurusan harta negeri.  Maklumat yang beliau perolehi adalah menurut apa yang dilaporkan oleh Laporan Audit Negara.  Timbalan Presiden PAS pula menyatakan peningkatan sokongan kepada Pakatan Rakyat dan PAS dalam kempen pilihanraya DUN Sarawak baru-baru ini merupakan satu indikator positif yang beliau lihat mampu mempengaruhi pola pengundian dalam Pilihanraya Umum yang akan datang.  Beliau juga mengingatkan para perwakilan agar sentiasa tenang dan matang di dalam berhadapan dengan pelbagai isu yang menyerang perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat.  Di samping itu, setiap khabar berita yang diterbitkan oleh media-media yang cenderung kepada pihak lawan perlu diteliti secara berhati-hati.  Penggunaan media baru, seperti Facebook, blog, dan sebagainya perlu diperkasa demi meningkatkan pemahaman khalayak kepada agenda perjuangan parti dan dakwah Islam.  Di akhir ucapannya, beliau menggesa PAS Kawasan Gelang Patah melipatgandakan usaha untuk memenangi DUN Nusajaya di dalam PRU ke 13 yang dijangkakan akan dibuat sebelum akhir tahun 2011.

Di dalam majlis ini juga Timbalan Presiden PAS turut menyampaikan hadiah penghargaan kepada anak-anak ahli PAS Kawasan yang memperoleh keputusan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM bagi tahun 2010.

Mesyuarat pada kali ini adalah mesyuarat agung pemilihan dan hampir kesemua jawatan di peringkat kepimpinan kawasan dipertandingkan.  Beberapa jawatan tertinggi telah ditetapkan iaitu jawatan Yang DiPertua dan Timbalan Yang DiPertua.  Beberapa muka baru telah dipilih memegang kepimpinan PAS Kawasan Gelang Patah.  Tiada usul khusus dibahaskan dan mesyuarat telah mengundi agar pencalonan jawatankuasa kerja PAS Pusat ditentukan oleh kepimpinan PAS Kawasan yang baru. Para perwakilan juga sebulat suara bersetuju agar gerakerja di peringkat cawangan dan UPU diperhebatkan bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.

Sekitar jam 3.30 petang mesyuarat ditamatkan.

Gambar-gambar semasa Mesyuarat Agung Kawasan boleh dirujuk di laman flickr helaianpurnama.

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: