jump to navigation

Soal selidik 1 December 24, 2011

Posted by helaianpurnama in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , ,
add a comment
Advertisements

PAS Ganti UMNO: 1 April 2011 March 31, 2011

Posted by helaianpurnama in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , ,
add a comment

Program ceramah bertajuk PAS Ganti UMNO, 1 April 2011, Jumaat, 9 mlm, di Markas PAS Kg. Ulu Pulai, Gelang Patah.

Para penceramah:

  1. Tn. Hj. Mohamad Sabu
  2. Cikgu Normala Sudirman
  3. YB Dr. Boo Cheng Haw
  4. Sdr Shamsul Iskandar Mohd. Akin

Datang beramai rami bersama rakan dan keluarga anda!

Program Berbuka Puasa bersama Pakatan Rakyat September 4, 2010

Posted by helaianpurnama in Umum.
Tags: , , , ,
add a comment

Buat julung kalinya, Pakatan Rakyat Parlimen Gelang Patah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Perdana Pakatan Rakyat, dengan pihak PAS Kawasan bertindak sebagai tuan rumah.  Majlis berbuka puasa yang diadakan pada 31 Ogos 2010 juga seiring dengan tarikh ulang tahun kemerdekaan ke-53 Malaysia.  YDP PAS Kawasan,Tn Hj Dzulkefly Hj Ahmad, ADUN Skudai, YB Dr Boo Cheng Hau dan Sdr Nazri, PKR Cabang adalah antara tetamu utama yang hadir pada malam tersebut.

Jemputan dan tetamu telah bersedia di tapak majlis seawal jam 6.30 petang.  Kehadiran adalah dari pelbagai kaum, Melayu, Cina dan India, serta pelbagai peringkat umur.  Di dalam ucapannya, YB Dr Boo menyatakan ini adalah suatu program yang mempunyai kelainan tersendiri, bahkan pihak BN sendiri tidak pernah menganjurkan program sebegini.  Beliau berasa gembira kerana Pakatan Rakyat Gelang Patah telah mengorak langkah lebih ke hadapan di dalam hal ini.  YDP PAS Kawasan sendiri menyarankan agar program seperti diperbanyak dan diteruskan.  Segala isu yang timbul katanya, khususnya berkaitan penyertaan masyarakat bukan Islam ke program anjuran masyarakat Islam, adalah lebih berbentuk salah faham dan keengganan pihak tertentu untuk merujuk kepada sumber yang lebih tepat.  Pengerusi majlis, Us Zaifidin yang juga Ketua Pemuda PAS Gelang Patah, memperingatkan bahawa amalan berpuasa ini sebenarnya mendidik umat Islam agar sentiasa bersikap jujur dan amanah.  Jujur di dalam melaksana ibadah puasa dan amanah semasa menyempurnakan ibadah tersebut.

Tiba waktu berbuka puasa, kesemua hadirin bersama-sama menjamah makanan yang terhidang.  Para hadirin rata-rata menyatakan kepuasan hati masing-masing, terutama bagi hadirin bukan Islam, kerana dapat bersama-sama rakan mereka yang beragama Islam berbuka puasa.  Bersama-sama majlis itu juga beberapa orang wartawan dari media berbahasa cina turut hadir bagi menemubual ADUN Skudai dan YDP PAS Kawasan.  Apa yang pasti, program seumpama ini akan diperluas dan diperhebat lagi demi manfaat para penduduk di Parlimen Gelang Patah.