jump to navigation

Soal selidik 1 December 24, 2011

Posted by helaianpurnama in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , ,
add a comment
Advertisements

Harga baru untuk RON95? May 17, 2011

Posted by helaianpurnama in Uncategorized.
Tags: , , , , ,
add a comment

Petikan dari akhbar The Star menyatakan, kajian semula bagi harga RON95 akan diadakan pada bulan hadapan. Kali terakhir semakan dibuat ke atas harga pasaran RON95 ialah pada bulan Disember tahun lalu.

RON97 mengalami kenaikan sejumlah 20 sen dan sekiranya kenaikan ke atas RON95 tidak dapat dielakkan, rakyat tertanya-tanya berapakah kadar kenaikan yang bakal dikenakan.

Baru-baru ini, harga gula telah dinaikkan dan secara tidak langsung menyebabkan harga makanan dan minuman yang dijual turut meningkat.  Dengan kenaikan harga bahanapi, sekiranya ada penilaian untuk dinaikkan harga, pasti harga makanan dan minuman turut meningkat lagi.

Pada ketika ini minyak mentah diperdagangkan dengan nilai USD97.89 se tong.  Nilai ini belum lagi mencecah nilai tertinggi pada empat tahun yang lalu, iaitu melebihi USD125 se tong.

Crude Oil and Commodity Prices
May, Tuesday 17 2011 – 19:29:46

WTI Crude Oil
$97.89 ▲0.36 0.37%
19:29 PM EDT – 2011.05.17

Crude Oil and Commodity Prices
May, Tuesday 17 2011 – 19:29:46

WTI Crude Oil
$97.89 ▲0.36 0.37%
19:29 PM EDT – 2011.05.17

Published: Tuesday May 17, 2011 MYT 5:00:00 PM

Price of RON95 petrol will be reviewed in June: Ismail Sabri

 IPOH: The prices of all petroleum products, including RON95 petrol, will be reviewed in June, said Domestic Trade, Cooperative and Consumerism Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob on Tuesday.

He said the price revision, to be conducted by the ministry and other agencies such as the finance ministry and the Performance Management & Delivery Unit (Pemandu), would determine whether the prices would be maintained or increased, depending on the government’s subsidies.

“According to Pemandu’s subsidy rationalisation plan, there will be a revision every six months for subsidies on all products.

“The last revision we had for diesel, LPG and RON95 was in December, last year.

“This means that a mid-year revision will be carried out this month or early June…I can’t say what will happen but the revision will take place and the government’s subsidy burden is high,” he told reporters after officiating the Ipoh Umno Division Delegates Meeting here.

He said this when asked about the current price of RON95 petrol, following the increase in price of RON97 petrol to RM2.90 per litre. On April 2, the price of RON97, which was floated according to current petrol prices, rose 20 sen to RM2.70 per litre, following the Middle East crisis, while the price of RON95 increased by five sen to RM1.90 per litre last December.

Ismail Sabri said that although he had previously stated that petrol prices would not go up at the moment, that did not guarantee petrol prices would stay the same forever, because the government was already burdened with subsidies for petroleum products.

“Last year, the government’s subsidy for petroleum products was RM8bil when world fuel prices shot up, and we don’t see signs that it will drop.

“If this continues, the government will bear RM18bil in subsidies this year, an increase of RM10bil,” he said.

He said that if subsidies were reduced, the RM10bil could be used to build more schools, village roads, housing projects and educational aid. – Bernama

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Gelang Patah ke-16 May 1, 2011

Posted by helaianpurnama in Uncategorized.
Tags: , , , , ,
add a comment

Alhamdulillah, pada 24 April 2011 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Agung PAS Kawasan Gelang Patah kali ke-16.  Mesyuarat Agung kali ini buat julung kalinya diadakan di Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan yang bertempat di Kg Ulu Pulai, Gelang Patah.

Perasmian bagi mesyuarat ini disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, yang juga merupakan Ahli Parlimen Bachok. Wakil-wakil parti politik DAP dan PKR dalam kawasan Gelang Patah juga turut hadir.  Majlis perasmian bermula seawal jam 9 pagi dan dimulai dengan pemeriksaan perbarisan anggota Unit Amal Pemuda PAS Kawasan Gelang Patah dan Briged Muslimat, Dewan Muslimat PAS Kawasan Gelang Patah.  Para perwakilan yang hadir ke mesyuarat kali ini adalah dari 22 cawangan yang bernaung di bawah PAS Gelang Patah.

Di dalam ucapan aluan YDP, beliau memberitahu berkenaan peningkatan beban hutang kerajaan negeri yang semakin meningkat dan ketidaktelusan sistem pengurusan harta negeri.  Maklumat yang beliau perolehi adalah menurut apa yang dilaporkan oleh Laporan Audit Negara.  Timbalan Presiden PAS pula menyatakan peningkatan sokongan kepada Pakatan Rakyat dan PAS dalam kempen pilihanraya DUN Sarawak baru-baru ini merupakan satu indikator positif yang beliau lihat mampu mempengaruhi pola pengundian dalam Pilihanraya Umum yang akan datang.  Beliau juga mengingatkan para perwakilan agar sentiasa tenang dan matang di dalam berhadapan dengan pelbagai isu yang menyerang perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat.  Di samping itu, setiap khabar berita yang diterbitkan oleh media-media yang cenderung kepada pihak lawan perlu diteliti secara berhati-hati.  Penggunaan media baru, seperti Facebook, blog, dan sebagainya perlu diperkasa demi meningkatkan pemahaman khalayak kepada agenda perjuangan parti dan dakwah Islam.  Di akhir ucapannya, beliau menggesa PAS Kawasan Gelang Patah melipatgandakan usaha untuk memenangi DUN Nusajaya di dalam PRU ke 13 yang dijangkakan akan dibuat sebelum akhir tahun 2011.

Di dalam majlis ini juga Timbalan Presiden PAS turut menyampaikan hadiah penghargaan kepada anak-anak ahli PAS Kawasan yang memperoleh keputusan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM bagi tahun 2010.

Mesyuarat pada kali ini adalah mesyuarat agung pemilihan dan hampir kesemua jawatan di peringkat kepimpinan kawasan dipertandingkan.  Beberapa jawatan tertinggi telah ditetapkan iaitu jawatan Yang DiPertua dan Timbalan Yang DiPertua.  Beberapa muka baru telah dipilih memegang kepimpinan PAS Kawasan Gelang Patah.  Tiada usul khusus dibahaskan dan mesyuarat telah mengundi agar pencalonan jawatankuasa kerja PAS Pusat ditentukan oleh kepimpinan PAS Kawasan yang baru. Para perwakilan juga sebulat suara bersetuju agar gerakerja di peringkat cawangan dan UPU diperhebatkan bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.

Sekitar jam 3.30 petang mesyuarat ditamatkan.

Gambar-gambar semasa Mesyuarat Agung Kawasan boleh dirujuk di laman flickr helaianpurnama.